Sunday, 8 July 2012

Jiwa Taiko [2012] Full Movie


As seen on : Jiwa Taiko [2012] Full Movie


 Sinopsis:
Jiwa Taiko Jiwa Taiko adalah merupakan sebuah filem yang mengisahkan tentang percintaan, persahabatan dan pertelingkahan di antara mereka. Kisahnya bermula dengan seorang pemuda yang bernama Firman yang baru keluar daripada penjara ditangkap kerana melakukan jenayah bersama Pinto dan hanya Pinto dapat melepaskan diri daripada ditangkap. Pinto adalah rakan Firman yang dikenali ketika Firman baru menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur. Setelah Firman dikeluarkan dari penjara dan dijemput oleh Kak Pora iaitu rakan yang dikenali ketika dia di dalam penajara. Firman dibawa ke sebuah rumah yang dinamakan Wiracinta. Di dalam rumah ini terdapat beberapa orang penghuni seperti Lara, Apple, Monika, Freez, Heidy, Haikal dan Tomi. Mereka adalah kawan yang sangat rapat dan selalu menjalani latihan silat bersama-sama. Perhubungan mereka menjadi semakin rapat seperti adik beradik dan muncul lagi seorang rakan yang bernama Trisya. Trisya adalah seorang gadis kota yang sangat cantik. Firman mula jatuh hati kepada Trisya dan tanpa disedari, Lara terdahulu menaruh hati kepada Firman daripada Trisya. Lara sangat kecewa selepas Firman memberitahu kepadanya tentang dia telah melauhkan perasaan cintanya kepada Trisya dan Trisya menerimanya. Selepas itu, Lara melarikan diri lalu terjumpa seorang pemuda bekas rakan Firman iaitu Pinto. Lara mengikut Pinto duduk di apartment mewah dan mereka terlanjur. Firman dan rakan yang lain mencari Lara kerana mereka rasa sangat risau setelah Lara tidak pulang. Freez memarahi Firman kerana tidak menghargai Lara sepenuhnya kerana Freez tahu Lara menaruh hati kepada Firman. Tanpa disedari Lara telah mengandungkan anak Pinto.

No comments:

Post a Comment